Summary – COVID 19

Mac 2020 – 149 positif kes, 3424 negatif kes dan 269 pending kes (sumber https://www.statista.com/)

Bilangan kes semakin meningkat setiap hari, yet rakyat malaysia still boleh lepak jalan di pasar pagi beli ikan, tak pakai mask pon (mira pon hehehe) korang yang sibuk cari mask dan hand sanitizer tu tawu tak covid 19 tu apa?? kalau tak tawu boleh continue baca..

 

APA ITU CORONAVIRUS?

Coronavirus ialah keluarga virus yang besar yang boleh menyebabkan haiwan dan manusia sakit. Beberapa coronavirus menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti selesema biasa hingga keadaan yag lebih teruk seperti Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

 

APA ITU COVID-19?

COVID-19 ialah penyakit berjangkit yang muncul di WUHAN,CHINA pada Disember 2019. Bayangkan dalam masa 3 BULAN JA dah ada 5436 KEMATIAN seluruh dunia dan 145,673 kes coronavirus dicatatkan!

 

SIMPTOM COVID-19

demam

keletihan

batuk kering

hidung tersumbat

hidung berair

sakit tekak

cirit-birit

so,kalau dah demam, batuk rasa sesak nafas please please pi jumpa doktor okay. Virus ni cepat sangat merebak! orang tua dan orang yang ada darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung berisiko tinggi nak kena.

 

CARA NAK LINDUNGI DIRI KITA DARI COVID-19

  1. Basuh tangan sekerap mungkin dengan air dan sabun (NI PALING PENTING DAN CARA PALING EFEKTIF)
  2. Bawa hand sanitizer di dalam poket/ handbag/handcarry. Pakai hand sanitizer setiap kali sentuh ‘public belonging’ macam tekan lif, bawak trolley kat mall, belt escalator etc.
  3. Elak sentuh mata,hidung dan mulut.
  4. Nak bersin ke batuk ke, tutup mulut dengan tisu pastu buang tisu tu, kalau cover dengan tangan pegi basuh tangan dulu (jangan lupa sabun pulak).
  5. Amalkan pakai mask terutama di tempat awam dan ketika kita sakit, kesian orang lain yang terjangkit nanti.
  6. Mask yang kita pakai JANGAN DIGUNA SEMULA, buang dan terus pegi cuci tangan.

 

KESIMPULAN

Sama-sama la kita jaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing. Kalau sakit duduk rehat kat rumah. Elakkan pegi bercuti ke tempat-tempat yang dah ada kes covid-19 dilaporkan (sis pon redha je tiket flight bali burn!) .

Stay safe everyone!

(sumber  maklumat: who portal)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *